Dulu ada yang mengaku kerja dia adalah menghasut - Puad


Berikut adalah hantaran Facebook Ahli MKT UMNO, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi hari ini:

PM memang betul. Fakta tolak tepi. Itulah punca politik kebencian. 

Tapi itulah budaya yang diguna pakai tanpa sempadan oleh semua pihak.

Kita pernah dengar kononnya 40K pengundi hantu diimport guna 16 penerbangan khas setiap hari masa PRU ke 13. 

PRU14 timbul pula cerita wujud pengundi hantu Bangla.

Ada juga yang mengaku kerja dia ialah menghasut. Apakah itu bukan politik kebencian? 




PM wajar dipuji kerana tidak terganggu dengan politik kebencian. Jalan terus. 

BN pun jalan terus walau pernah jadi mangsa politik kebencian. 

BN tidak mungkin tumbang tanpa politik kebencian.

Catat Ulasan

0 Ulasan