Sangat sedih... Mahkamah tolak permohonan Najib minta kerajaan dedah titah addendum


Berikut adalah hantaran Facebook Najib Razak hari ini:

Berita sangat sedih pagi ini.

Mahkamah telah TOLAK permohonan Najib untuk kerajaan dedahkan titah adendum YDPA untuk memberi tahanan di rumah kepada Najib.

Hakim kata tiada bukti bahawa titah adendum itu wujud sebab afidavit TPM Zahid Hamidi, afidavt MB Pahang Wan Rosdy dan ucapan PMX hanya sekadar "khabar angin" (hearsay) biarpun kerajaan, Pejabat Peguam Negara dan Istana Pahang tidak pernah nafi bahawa titah itu wujud.



Catat Ulasan

0 Ulasan