Isteri Wan Saiful meninggal dunia


Datin Alena Omar, isteri Ahli Parlimen Tasek Gelugor, Datuk Wan Saiful Wan Jan, meninggal dunia hari ini.

Berita sedih itu dimaklumkan melalui laman Facebook Wan Saiful.

"Dukacita dimaklumkan bahawa Allahyarhamah Hajah Alena Omar, isteri kepada Wan Saiful Wan Jan, telah kembali ke rahmatullah pada jam 3.07 petang, Isnin 22 Julai 2024 di Institut Kanser Negara, Putrajaya.

"Jenazah akan disempurnakan di Institut Kanser Negara, Putrajaya," katanya.

Solat jenazah akan diadakan di Masjid Kariah Sungai Sekamat, Batu 12, Jalan Cheras, Kajang, Selangor.

Seterusnya, urusan pengkebumian akan dijalankan di Tanah Perkuburan Islam Sungai Sekamat, Jalan Sungai Sekamat.

Bulan lalu, Wan Saiful, yang juga Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu, memaklumkan isterinya menghidap kanser usus tahap empat dan ketika itu dirawat di sebuah hospital di Kuala Lumpur.

Wan Saiful dilapor berkata, isterinya sudah lama menghidap kanser usus dan menjalani rawatan kimoterapi sejak 2020.

Catat Ulasan

0 Ulasan