Jailani berdepan saman RM100 juta oleh UMNO

Tindakan ADUN Rembia, Datuk Jailani Khamis yang melompat parti dari UMNO ke PAS secara senyap dan bersembunyi ternyata satu penipuan dan berniat tidak jujur kepada Speaker DUN Melaka. 

Setiausaha Veteran UMNO, Datuk Mustapha Yaakub berkata, tindakannya menyembunyikan lompatannya adalah semata-mata untuk mengelak daripada dikenakan tindakan di bawah Akta Anti Lompat Parti. 

"Bagaimanapun dia berdepan dengan tindakan saman sebanyak RM100 juta oleh UMNO kerana dia telah menandatangani aku janji sebelum PRU yang lalu.

"Ini bermakna dia akan berhadapan dengan tuduhan menipu speaker dan melanggar aku janji parti yang boleh mengakibatkan kerusi DUNnya dikosongkan dan diheret ke mahkamah," katanya dalam kenyataan media, hari ini.





Catat Ulasan

0 Ulasan