BN tetap menang walaupun tanpa si katak Jailani - Akmal


Ketua Pemuda UMNO, Dr Akmal Saleh mengingatkan ADUN Rembia, Datuk Jailani Khamis bahawa BN tetap memenangi PRN Melaka pada 2021 walaupun tanpanya.

Menurut beliau, ketika itu, BN memenangi 21 daripada 28 kerusi DUN yang dipertandingkan.

ADUN Merlimau itu memberitahu, jika ditolak Jailani pun, BN masih boleh membentuk kerajaan di Melaka.

"Kamu beritahu tanpa kamu, saya tak mungkin jadi wakil rakyat? 

"Maaf saya jadi wakil rakyat bukan sebab kamu, tetapi sebab parti saya dan rakyat DUN Merlimau," katanya dalam hantaran Facebook, hari ini.

Sehubungan itu, Dr Akmal menasihatkan supaya Jailani jangan menganggap dirinya hebat.

Beliau menyifatkan Jailani sebagai katak politik yang hanya mementingkan diri sendiri.

"Semoga berjaya parti PAS jika anda ingin mengangkat katak politik ini sebagai pemimpin kamu.

"Jaga-jaga dia mungkin boleh melompat lagi pada masa akan datang," jelasnya.




Catat Ulasan

0 Ulasan