Muhyiddin mahu selamatkan Malaysia? Menantu pun lari, sindir Puad


Ahli MKT UMNO, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi secara sinis mempersoalkan kemampuan Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk menyelamatkan Malaysia.

Beliau melontarkan pertanyaan itu berikutan ceramah Gelombang Selamatkan Malaysia yang menampilkan Muhyiddin dan ramai pemimpin PN di KUIZM, Gombak, malam tadi.

Mohd Puad berkata, Muhyiddin hanya dapat bertahan selama 17 bulan sebagai Perdana Menteri.

"Hampir lingkup negara  dibuatnya. Tiada pelabur asing masuk. Pergi Arab Saudi cari pelabur, tetapi balik tangan kosong. 

"Macam mana mahu selamatkan Malaysia" Menantu pun lari," katanya dalam hantaran Facebook, hari ini.

Beliau bertanya  lagi: Bila Muhyiddin isytihar darurat semasa Covid-19, apakah itu selamatkan Malaysia? 

Mohd Puad mendakwa, tindakan itu untuk menyelamatkan kuasa dan membuatkan negara semakin hancur. 

"Mereka yang ada atas pentas itu pun pernah jadi menteri. Tidak ada rekod membanggakan. Lagi lucu bila Isham Jalil dan Tun Faisal ada atas pentas.

"Lagi baik mereka desak Muhyiddin suruh menantu dia balik. Mereka atas pentas itu pun ada kes mahkamah. Selesaikan dulu. Baru sembang kari," sindirnya.




Catat Ulasan

0 Ulasan