Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sedang mengesan seorang lelaki bagi membantu siasatan.
Menurut SPRM, lelaki tersebut, Datuk Lee Fook Yuen, 60, mempunyai alamat terakhir di No 3, Jalan Setia Tropika 7/3, Taman Setia Tropika, 81200 Johor Bahru, Johor.
"Sehubungan itu, orang ramai yang mengenali atau mempunyai maklumat mengenai individu terlibat diminta menghubungi pegawai penyiasat, Asmawi Kulup Lam di talian 03-88700326 atau 011-11672637 atau emel kepada asmawi@sprm.gov.my," katanya dalam kenyataan media.
0 Ulasan