Olimpik Paris: Prestasi Malaysia terburuk sejak 2008


Penganalisis isu semasa, Lim Sian See berkata, prestasi Malaysia di temasya Olimpik Paris 2024 adalah terburuk sejak 20 tahun lalu.

Menrut beliau, ia selepas Malaysia catat prestasi paling teruk pad Sukan SEA 2023.

"Malaysia terletak di tangga ke-80 dengan 2 pingat gangsa sahaja di Paris 2024," katanya dalam hantaran Facebook, malam ini.

Sian See turut menyenaraikan kutipan pingat Malaysia dalam sukan Olimpik sejak 2004.

2024: Tangga 80, 2 gangsa
2020: Tangga 74, 1 perak, 1 gangsa
2016: Tangga 60, 4 perak, 1 gangsa (paling berjaya setakat ini)
2012: Tangga 65, 1 perak, 1 gangsa
2008: Tangga 72, 1 perak
2004: Telor (0)

"Apa-apa pun. Syabas kepada kesemua atlet yang bercuba di Paris 2024," katanya.

Beliau berharap temasya Olimpik 2028 di Los Angeles akan membawa sinaran emas untuk negara.




Catat Ulasan

0 Ulasan