Jangan percaya janji-janji percuma manifesto calon PAS

 



Ahli MKT UMNO, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi mengingatkan pengundi di DUN Nenggiri supaya tidak terperdaya engan manifesto calon PAS, Mohd Rizwadi Ismail.

Menurut beliau, tiada yang istimewa buat rakyat di Nenggiri dalam manifesto tersebut kerana ia memerlukan kelulusan dan peruntukan daripada kerajaan pusat.

"Kalau begitu lebih baik pilih calon BN. Lagi senang berurusan. 

"Awie (Mohd Azmawi Fikri) calon kerajaan pusat. Baiki jalan, taşka baru, tanah Kesedar dan Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) itu semua melibatkan kerajaan pusat," katanya dalam hantaran Facebook, hari ini.

Dalam manifesto yang dilancarkan itu, Mohd Rizwadi menawarkan slogan KHIDMAT iaitu khidmat masyarakat,hak rakyat, integriti dan amanah, daya ekonomi dan infrastruktur, masyarakat berilmu, bernilai murni dan sejahtera, anak muda berpendidikan dan berkemahiran serta transformasi digital luar bandar.

Mohd Puad juga mengingatkan pengundi agar jangan mempercayai janji-janji seperti tuisyen percuma.

"Sekarang ini janji-janji percuma jangan dipercayai. Macam tol percuma dan hapus PTPTN. 

"Itu semua wayang dan ada niat untuk dicapati," jelasnya.




Catat Ulasan

0 Ulasan