MB Kedah & Perlis kena dicutikan juga ke? Akmal tanya Tuan Ibrahim

 


Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Akmal Saleh menempelak Timbalan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man yang menggesa Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi diberikan cuti bagi memberi laluan kepada siasatan bebas terhadap dirinya sehingga selesai.

Beliau bertanya kepada Tuan Ibrahim sama ada Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor dan Menteri Besar Perlis, Mohd Shukri Ramli perlu dicutikan juga.

"Masing-masing pun ada kes yang disiasat dan sedang didakwa di mahkamah.

"Ke kat orang lain boleh tetapi dekat geng sendiri tak boleh?" katanya dalam hantaran Facebook, hari ini.

Tuan Ibrahim berkata demikian ketika mengulas sikap terbuka Ahmad Zahid untuk disiasat berhubung dakwaan terdapat unsur memperdaya Yang di-Pertuan Agong ke-16 ketika mengemukakan Akuan Berkanun (SD) bagi pembentukan Kerajaan Perpaduan bagaimanapun merasakan tidak mungkin seseorang dapat disiasat sepenuhnya ketika masih memegang jawatan Timbalan Perdana Menteri.

Dr Akmal turut melontarkan satu lagi persoalan kepada Tuan Ibrahim bagi mengetahui sama ada beliau bersetuju dengan kenyataan Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang menyentuh Yang di-Pertuan Agong ke-16 semasa PRK DUN Nenggiri baru-baru ini.

"Sila jawab persoalan ini dulu," katanya.


Jiwa Merdeka




Catat Ulasan

0 Ulasan