Tak mustahil BN rampas semula Terengganu, Kedah dan Perlis

 


Ahli MKT UMNO, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi berkata, tidak mustahil Terengganu, Kedah dan Perlis dirampas semula oleh BN.

Sehubungan itu, beliau membangkitkan persoalan mengenai nasib syarikat SG4 sekiranya negeri-negeri yang di bawah pentadbiran PN tersebut bertukar tangan.

Mohd Puad berkata, akan timbul banyak masalah baik dari segi pekerja, aset, saham dan lembaga pengarah. 

"Tidak pernah empat negeri berkongsi buat satu syarikat. 

"Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor pula tidak suka kongsi kongsi. Takut Sanusi kata, 'Kedah rugi sejak Tuhan buat dunia ini lagi'.

"Justeru penubuhan syarikat SG4 ini bermotif politik bukan perniagaan. Apa lagi penasihatnya adalah Tun Mahathir," katanya dalam hantaran Facebook, hari ini.

Semalam, bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mencadangkan Kelantan, Terengganu, Kedah dan Perlis menubuhkan sebuah syarikat dinamakan SG4 Sdn Bhd bagi berkongsi kekayaan dan mengagihkan hasil kepada empat-empat negeri itu secara saksama.

Jiwa Merdeka




Catat Ulasan

0 Ulasan