Tun M memang mahu serah jawatan PM kepada Anwar

 

Gambar: FB Mahathir Mohamad


Tun Dr Mahathir Mohamad menjelaskan bahawa beliau memang bersedia untuk menyerahkan jawatan Perdana Menteri kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim dahulu.

Beliau juga bersetuju supaya Anwar yang tempoh hukuman penjaranya berbaki setahun lagi dibebaskan.

Namun, kata Dr Mahathir, malang bagi Anwar kerana kerajaan Pakatan Harapan (PH) jatuh setelah beberapa wakil rakyat dari Bersatu dan PKR keluar dari PH.

"Tidak dapatlah saya serah jawatan Perdana Menteri kepada Anwar. Yang jadi Perdana Menteri lepas saya ialah Muhyiddin (Tan Sri Muhyiddin Yassin).

"Kita boleh rancang. Yang menentukan ialah Allah SWT," katanya dalam hantaran Facebook, hari ini.

JIWA MERDEKA




Catat Ulasan

0 Ulasan