Volvo EX30 |
Volvo EX30 – kereta elektrik terbaharu Volvo yang direka untuk setiap detik dalam hidup kini dilancarkan di Malaysia.
Padat dengan teknologi dan padat dengan keselamatan, EX30 merupakan ikon
terbaharu dalam visi Volvo untuk memberi pelanggan kebebasan bergerak secara
peribadi, lestari dan selamat.
Volvo EX30 mempamerkan pecutan terpantas bagi mana-mana kereta Volvo setakat ini dan juga dilengkapi teknologi terkini termasuk sistem parkir automatik, antara muka intuitif dengan Google Built-in, sistem Pilot Assist yang dinaik taraf dan kesedaran sekeliling 360° yang lebih selamat dan dibantu oleh kamera, sensor dan radarnya.
Tiga varian ditawarkan di Malaysia – dua versi Single Motor Extended Range Plus dan Ultra, serta versi Ultra Twin Performance motor berkembar.
Volvo
EX30 |
Harga3 |
Kuasa (PS) |
Tork (Nm) |
0-100
km/h |
Jarak
Pemanduan (WLTP) |
Plus |
RM188,888 |
272 |
343 |
5.3
sec |
476
km |
Ultra |
RM208,888 |
272 |
343 |
5.3
sec |
476
km |
Ultra
Twin Performance |
RM228,888 |
428 |
543 |
3.6
sec |
450
km |
Varian teratas Volvo EX30 Ultra Twin menjana kuasa 428 PS dan tork 543 Nm, membolehkan pecutan 0 hingga 100 km/j dalam hanya 3.6 saat. Manakala, varian EX30 Plus dan EX30 Ultra dengan motor magnet kekal tunggal di gandar belakang menawarkan kuasa 272 PS dan tork 343 Nm dengan pecutan dalam 5.3 saat.
Semua model dilengkapi bateri NMC berkapasiti tinggi 69 kWh yang memberikan jarak sehingga 476 km untuk varian motor tunggal dan 450 km untuk EX30 Ultra Twin Performance1. EX30 mampu dicas pantas menggunakan pengecas DC 175 kW dari 10 hingga 80 peratus dalam hanya 28 minit2.
Ciri-ciri standard termasuk lampu depan LED, roda aloi Diamond Cut 19-inci, Pilot Assist, sistem audio premium Harman Kardon, tailgate kuasa, cermin pandang belakang dan cermin sisi anti-silau, lampu ambien dalaman bertema, serta suite penuh sistem bantuan pemandu canggih Volvo. Varian Ultra menambah ciri Park Pilot Assist, kamera 360°, tempat duduk hadapan berkuasa, dan bumbung panoramik.
Pelanggan mempunyai pilihan warna luaran Cloud Blue, Vapour Grey, Crystal White, dan Onyx Black, dengan warna unik Moss Yellow – diilhamkan oleh lumut yang tumbuh di sepanjang pantai barat Sweden – tersedia secara eksklusif untuk varian Ultra untuk tempoh terhad di Malaysia.
EX30 ialah kenderaan elektrik penuh terbaru Volvo Car Malaysia yang dipasang secara tempatan, dengan harga bermula dari RM188,888 untuk EX30 Plus, RM208,888 untuk EX30 Ultra, dan RM228,888 untuk EX30 Ultra Twin Performance3. Pelanggan di Sabah dan Sarawak boleh mendapatkan varian tersebut pada harga RM188,648, RM208,648 dan RM228,648 untuk setiap varian berbeza.
Seperti setiap model elektrik penuh Volvo, EX30 datang dengan lima tahun Pelan Servis Volvo (VSP), perkhidmatan digital, bantuan tepi jalan 24 jam, serta jaminan kenderaan tanpa had jarak perjalanan. Untuk ketenangan minda pengguna, bateri voltan tinggi dijamin selama lapan tahun.
Volvo EX30 |
Selamat Secara Pintar
Dalam
mengkonseptualisasikan kereta, pereka Volvo menitik beratkan kepentingan setiap
detik, dari segi idea, reka bentuk, pilihan bahan, pengiraan dan ujian untuk
membuat kereta yang dimaksudkan untuk setiap perjalanan dan setiap orang di
dalam dan di sekeliling kereta.
EX30 dilengkapi dengan Safe Space Technology Volvo dan sistem bantuan pemandu canggih yang dikongsi dengan kereta terulung Volvo – didayakan oleh radar, sensor ultrasonik, dan kamera yang terletak di sekeliling.
Malah, EX30 menambah lebih banyak ciri keselamatan termasuk:
- Amaran pembukaan pintu inovatif yang mengesan kenderaan dua roda atau pengguna jalan raya lain dari belakang dan memberi amaran kepada penumpang dengan isyarat visual dan audio apabila cuba membuka pintu.
- Pilot Assist yang dinaik taraf yang turut melaraskan jarak optimum dari kenderaan berat di lebuh raya.
- Pembrekan automatik untuk trafik lintasan hadapan, pembelokan di persimpangan, dan pengunduran pada kelajuan rendah.
- Pemanduan pencegah pelanggaran
automatik untuk pengguna jalan raya seperti penunggang motorsikal dan basikal
yang berada di sebelah ketika di lorong sehala.
Volvo EX30 juga yang pertama menyertakan generasi baharu ciri Park Pilot Assist yang boleh menangani ruang parkir selari, melengkung, tegak, dan serong. Park Pilot Assist boleh mengenal pasti ruang parkir yang tersedia dan mengambil alih kawalan pecutan, brek dan stereng untuk mengendalikan kereta.
Dipersonalisasi untuk Kehidupan
EX30
menggabungkan konsep minimalisme Scandinavia yang bergaya dengan keselamatan
tanpa kompromi. Reka bentuk fokus bandarnya ditujukan untuk generasi baru
pemilik Volvo yang tinggal atau berulang-alik di bandar, menghargai gaya dan
kelestarian, serta mempunyai gaya hidup aktif yang memerlukan pemanduan
praktikal dan mudah.
Saiz EX30 yang mesra bandar memudahkan navigasi di jalan-jalan bandar yang sibuk dan ruang parkir yang sempit, manakala bonet rendah, lampu depan dan fender yang lebar, roda besar, serta 171 mm jarak dari tanah menambah rupa yakin yang tidak kelihatan janggal di mana-mana pejabat, gim, kelab sosial atau destinasi bandar.
EX30 menawarkan kabin yang bersih dan minimalis yang dipertingkatkan dengan lima tema cahaya ambien dalaman yang diilhamkan oleh alam semula jadi di Sweden untuk setiap suasana, menampilkan bayangan menenangkan yang dipancarkan ke panel dalaman. Untuk pengalaman lebih imersif, pemilik boleh memadankan setiap tema pencahayaan dengan suasana bunyi ambien.
EX30 juga merupakan kereta Volvo pertama yang memperkenalkan sistem bunyi Harman Kardon Premium Sound dalam unit bar bunyi tunggal yang tertanam di papan pemuka. Diilhamkan oleh reka bentuk audio rumah, bar bunyi ini menjimatkan ruang di pintu hadapan sambil mengurangkan berat dan bahan tanpa mengurangkan kualiti audio yang tinggi.
EX30 memaksimumkan setiap ruang dalaman dengan penyelesaian storan pintar seperti:
- · Slot pengecasan telefon tanpa
wayar terbina dalam yang juga boleh menyimpan sehingga dua telefon, dan storan
pusat fleksibel yang boleh memuatkan beg tangan
- ·
Pemegang cawan gelongsor dan
storan yang boleh disimpan sepenuhnya di bawah pelapik tangan tengah
- ·
Poket pintu besar menggantikan
pembesar suara pintu tradisional
- · Kotak storan belakang yang
boleh ditanggalkan di bawah pelapik tangan tengah yang juga berfungsi sebagai
tong sampah
- · Ruang bagasi belakang 318
liter dengan semua tempat duduk tegak atau 718 liter dengan tempat duduk baris
kedua dilipat sepenuhnya4, dengan mudah memuatkan beg golf, perabot
flat-pack, dan kereta sorong bayi
- · 61 liter ruang storan
tersembunyi di belakang di bawah lantai yang fleksibel yang boleh digunakan
untuk menyembunyikan kargo berharga seperti komputer riba
- · Grafik "Will it
Fit?" yang berguna di pintu belakang berkuasa dengan contoh intuitif
tentang apa yang boleh diangkut dengan mudah
Volvo EX30 adalah satu-satunya SUV sub-kompak dengan Google Built-in, kini dipertingkatkan dengan Apple AirPlay tanpa wayar untuk sambungan lancar. Ia juga dilengkapi dengan aplikasi khusus yang boleh digunakan untuk mengunci dan membuka kereta, menetapkan tahap pengecasan elektrik, dan mengurus tetapan dari jauh.
Setiap langkah dalam mereka bentuk EX30 memberi impak yang signifikan terhadap cita-cita kelestarian Volvo dan perjalanan elektrifikasinya. Dengan menangani pelepasan sepanjang pengeluaran dan kitaran hayat kereta serta penggunaan bahan kitar semula atau boleh diperbaharui, EX30 direka untuk mempunyai jejak karbon terendah dalam sejarah kereta Volvo – kurang daripada 30 tan sepanjang 200,000 km pemanduan5.
Bahagian dalam EX30 diilhamkan oleh alam semula jadi, dengan reka bentuk minimalis Scandinavia yang bersih sambil mengekalkan rupa dan rasa premium. Semua varian untuk Malaysia hadir dengan dalaman Indigo yang sporty menampilkan tekstil denim yang dikitar semula, upholsteri yang diperbuat daripada 100 peratus poliester kitar semula, dan Nordico dengan kandungan PET yang dikitar semula, manakala bahan plastik diperbuat daripada 30 peratus kandungan kitar semula.
Tempah Hari Ini
Pelanggan juga boleh mula membuat pesanan secara dalam talian di www.volvocars.com/my/cars/ex30-electric atau melawat bilik pameran Volvo terdekat untuk maklumat lanjut.
Nikmati terma pembiayaan eksklusif dengan rakan kongsi Perkhidmatan Kewangan Volvo Car – pilih pembiayaan kadar tetap daripada RM1,588 sebulan dengan pembiayaan bertingkat, atau nikmati Kadar Pembiayaan Boleh Ubah pengenalan serendah 1.88% untuk 100 tempahan pertama sahaja.
Volvo Car Malaysia juga akan mengadakan pameran pelancaran dan sesi pandu uji dari Khamis, 26 September hingga Ahad, 29 September di KL Base, Sungai Besi. Di sana, pelanggan boleh melihat sendiri Volvo EX30 baharu dan mengetahui lebih lanjut mengenai ciri-ciri, teknologi, dan prestasi kereta ini. Daftar kehadiran anda di https://forms.volvocarmalaysia.com/ex30.
Untuk maklumat lanjut mengenai Volvo EX30, layari www.volvocars.com/my atau ikuti Volvo Car Malaysia di Facebook di bit.ly/VolvoMY-FB dan Instagram di bit.ly/VolvoMY-IG.
0 Ulasan