Gambar: Facebook Anwar Ibrahim |
Berikut adalah kenyataan penuh Setiausaha Politik Perdana Menteri, Datuk Ahmad Farhan Fauzi bagi menangkis tuduhan jelik dan negatif terhadap lawatan rasmi Datuk Seri Anwar Ibrahim ke luar negara:
YAB Perdana Menteri kini meneruskan misi diplomatik dan pembangunan negara di Korea Selatan, selepas keberhasilan lawatan ke empat buah negara.
Di sebalik kejayaan signifikan yang dicapai, terdapat pihak yang terus iri hati dan menabur tuduhan dangkal kononnya lawatan ini tidak membawa manfaat nyata kepada rakyat dan negara.
Hakikatnya, pelbagai pencapaian penting telah diperoleh termasuk memacu ekonomi negara, memperkukuh hubungan antarabangsa, dan meningkatkan reputasi Malaysia di peringkat global.
1. KEJAYAAN PERDAGANGAN, PELABURAN & KOLABORASI STRATEGIK
Mesir:
- Perdagangan dua hala meningkat 21.4% (RM3 bilion).
- Pelancaran kilang pemasangan Proton di Giza dijangka menjana pendapatan RM570 juta dalam tiga tahun, di samping tambahan pendapatan sebanyak RM20juta melalui jualan alat ganti bagi menyokong perkhidmatan.
- Kerjasama pendidikan berjaya dibina antara Universiti Al-Azhar, USIM, dan Kementerian Pendidikan Tinggi.
Peru:
- Penerokaan ekosistem halal di Amerika Latin telah diwujudkan melalui MoU antara Halal Development Corporation (HDC) dan Suruhanjaya Penggalakkan Eksport dan Pelancongan Peru (PROMPERU).
- Kolaborasi Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) dan Inovasi Pertanian Negara Peru memperkukuh sektor pertanian, dengan perdagangan meningkat 49.1% (RM1.58 bilion).
Brazil:
- Pelaburan luar pesisir PETRONAS bernilai AS$6 bilion.
- Projek FPSO oleh Yinson Holding bernilai AS$5 bilion serta eksplorasi tenaga solar oleh TNB.
2. KEMPIMPINAN DI PERSIDANGAN ANTARABANGSA
APEC:
- Agenda kecerdasan buatan (AI), teknologi hijau, dan keselamatan siber diperkasakan.
- Microsoft dan Google mengiktiraf dasar AI Malaysia sebagai komprehensif, dengan pelaburan pusat data yang bernilai AS$2 bilion.
G20:
- Komitmen terhadap Agenda 2030 untuk mengurangkan kemiskinan global.
- Seruan reformasi sistem kewangan dunia demi keadilan negara membangun.
3. KOMITMEN KEPADA SOLIDARITI GLOBAL & KEADILAN SEJAGAT
- Tegas mempertahankan hak Palestin di Sidang Kemuncak Negara-Negara Arab dan Islam di Riyadh, menyeru sekatan senjata terhadap Israel.
- Menuntut reformasi peranan Persatuan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang seharusnya bersifat lebih inklusif buat negara anggota lain serta menyingkirkan Rejim Zionis Israel daripada PBB.
Lawatan ini menunjukkan impak nyata, termasuk pertumbuhan ekonomi melalui pelaburan, pengukuhan perdagangan, dan pengiktirafan global terhadap Malaysia.
Ia juga petunjuk jelas YAB Perdana Menteri bukan sekadar figura simbolik, sebaliknya pemimpin yang memacu negara menuju kemajuan di bawah agenda MADANI.
Justeru, sebarang tuduhan yang bertentangan serta cubaan memutarbelitkan kejayaan lawatan ini adalah tidak bertanggungjawab.
0 Ulasan