Sampan dinaiki karam, 4 remaja nyaris lemas

 

Mohd Nor Khalid menyelamatkan mangsa yang hampir lemas.

Berikut adalah kenyataan media Ketua Polis Daerah Sungai Buloh, Superintendan Mohd Hafiz Muhammad Nor berhubung insiden sekumpulan remaja hampir lemas dalam tasik di kawasan Puncak Alam semalam:

Pada 24 November 2024 lebih kurang pukul 12.30 tengah hari, Pusat Kawalan Ibu Pejabat Polis Daerah Sungai Buloh telah menerima satu panggilan kecemasan daripada orang awam di mana seramai empat orang remaja telah terjatuh dalam tasik di kawasan Puncak Alam, Selangor.  

Berikutan dari maklumat, pihak polis telah menghubungi Balai Bomba Bukit Jelutong dan menghantar kereta peronda ke lokasi untuk memberikan bantuan. 

Setiba di lokasi, pihak polis telah dimaklumkan bahawa empat orang remaja yang dikhuatiri lemas itu telah berjaya diselamatkan oleh orang awam yang melalui kawasan tersebut.  

Hasil siasatan mendapati kejadian berlaku apabila enam remaja tersebut keluar memancing dan menggunakan sebuah sampan yang terdampar di tepi tasik untuk tujuan memancing sehingga karam di tengah tasik.  

Pihak PDRM mengucapkan ribuan terima kasih kepada tindakan pantas Mohd Nor Khalid yang merupakan seorang anggota Angkatan Tentera Malaysia yang bertugas di Kem Sungai Buloh di atas pertolongan yang dihulurkan dalam menyelamatkan empat orang remaja daripada lemas.  

Pihak polis juga menasihati kepada semua ibu bapa agar sentiasa mengawasi anak-anak agar insiden sebegini tidak berulang di masa akan datang.  


JIWA MERDEKA



Catat Ulasan

0 Ulasan