Ketiadaan papan tanda bahasa Mandarin bukan punca pelancong tak datang - Maszlee

 


Bekas Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik mengingatkan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Seri Tiong King Sing bahawa ketiadaan papan tanda dalam bahasa Mandarin bukan punca pelancong tidak datang ke negara ini.

Berikut adalah hantaran Facebook beliau hari ini:

Pelancong tak datang sebab promosi tak rancak;

Produk pelancongan tidak semeriah di Negara-negara lain;

Kemudahan untuk pelancongan kita tidak bersepadu (integrated);

Tiada apps serbaguna buatan Malaysia yang boleh membantu mereka mendapatkan info bersepadu, memudahkan perjalanan dan memudahkan urusan pembayaran secara terangkum.

BUKAN kerana tiada papan tanda bertulisan Mandarin ya.

Bangkok, Paris, Moscow, Bali, London semua tiada papan tanda Mandarin, tetapi kebanjiran pelancong jauh melebihi Malaysia.

Harap YBM dapat kemukakan Kad Laporan pencapaian beliau sempena 2 tahun menjadi Menteri Kerajaan Perpaduan…

Biarkan rakyat menilai.

Baca kenyataan Tiong King Sing melalui pautan ini: https://hussaini-tukangtulis.blogspot.com/2024/11/adakah-malaysia-sebuah-negara-rasis.html


JIWA MERDEKA





Catat Ulasan

0 Ulasan