Malaysia bukan negara China, Khairuddin ingatkan Tiong King Sing

 


Ahli Dewan Tertinggi Muafakat Nasional (MN), Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan menyifatkan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Seri Tiong King Sing bercakap melalut di luar konteks.

Sebelum itu, King Sing apabila mempersoalkan teguran bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mengenai papan iklan yang tidak menggunakan bahasa kebangsaan di sekitar Kuala Lumpur.

Berikut adalah kenyataan penuh Khairuddin hari ini:

YB Datuk Seri Tiong King Sing selaku Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya tidak faham perlembagaan negara dan bercakap melalut di luar konteks.

Beliau harus kaji perlembagaan negara betul-betul dan kena terima hakikat bahawa bahasa rasmi negara adalah bahasa Malaysia ataupun bahasa Melayu.

Apa kena mengena dengan penggunaan bahasa Malaysia sehingga boleh memberi kesan buruk pada industri pelancongan serta tidak baik untuk mempamerkan kepelbagaian budaya?

Hubungan antara kaum di negara kita cukup akrab walaupun bahasa rasmi negara adalah bahasa Malaysia.

Kepelbagaian kebudayaan menyemarak dengan begitu baik di tanahair kita sejak pendatang asing memasuki Malaysia.

Hak mereka tidak pernah disekat atau ditekan tetapi dalam masa yang sama mereka harus menghormati undang-undang dan perlembagaan negara.

Jangan cuba untuk tukarkan identiti Malaysia sebagai sebuah negara China kecil di rantau Asia Tenggara ini.

Kalau di Thailand semua papan-papan tanda ditulis dalam bahasa Siam tetapi industri pelancongan mereka lebih baik dari Malaysia.

Perdana Menteri Thailand sekarang adalah dari keturunan Cina tetapi di negara Thailand tidak kelihatan papan-papan tanda mereka dipenuhi dengan bahasa Cina namun mereka tetap maju dalam pelbagai segi.

Tiong King Sing juga merepek apabila membuat teguran terhadap komen Tun Dr Mahathir Mohamad kononnya kenyataan mantan Perdana Menteri dua kali ini boleh menjejas industri pelancongan.

Sebenarnya para pelancong asing datang ke tanah air kita untuk melihat identiti pribumi yang tulen khususnya adat resam Melayu dan sebagainya.

Kita terpaksa terima hakikat bahawa keujudan Malaysia adalah dari Tanah Melayu.

Baca kenyataan Tiong King Sing melalui pautan ini: https://hussaini-tukangtulis.blogspot.com/2024/11/adakah-malaysia-sebuah-negara-rasis.html

Kalau pelancong antarabangsa bangga sangat dengan penulisan bahasa Cina sudah pasti mereka akan pergi ke negara China untuk tujuan tersebut.

Penggunaan bahasa Malaysia atau bahasa Melayu tidak akan menjejaskan industri pelancongan malahan ianya akan menzahirkan satu identiti tulen terbaik kepada keseluruhan pelancong-pelancong asing.

Apakah juga dengan mengguna bahasa Malaysia pada papan-papan tanda akan memudaratkan kepelbagaian budaya di negara kita?

Sebenarnya, tiada kaitan langsung pun dan analisis Menteri Pelancongan Malaysia mengenai isu ini cukup dangkal serta kurang cerdik.

Kita suruh Menteri Pelancongan pergi ke Filipina, Thailand, Vietnam serta negara-negara lain untuk melihat tanpa penggunaan bahasa Cina pada papan-papan tanda; apakah industri pelancongan mereka merosot?

Saya menyeru pada pihak penguat kuasa undang-undang agar jangan kompromi dengan penggunaan bahasa Cina secara mutlak pada papan-papan tanda di negara kita kerana ini bertentangan dengan perlembagaan negara.

Tindakan tegas harus dikenakan pada pihak-pihak yang menggunakan papan-papan tanda dalam bahasa Cina secara mutlak kerana Malaysia bukan negara China.


JIWA MERDEKA




Catat Ulasan

0 Ulasan