BN pantau perkembangan politik Sabah menjelang PRN

 

Gambar: Facebook BN




Barisan Nasional (BN) sentiasa memantau perkembangan semasa politik di Sabah menjelang pilihan raya negeri (PRN) yang boleh diadakan bila-bila masa sebelum Oktober 2025.

Setiausaha Agung BN, Datuk Ser Dr Zambry Abd Kadir berkata, persiapan menghadapi PRN Sabah dibincangkan dalam mesyuarat Dewan Tertinggi BN kelmarin.

"BN akan sentiasa memantau perkembangan semasa politik Sabah dalam memastikan gerak kerja dan perancangan menghadapi PRN berkenaan akan dapat mengukuhkan kedudukan parti di negeri berkenaan," katanya dalam kenyataan media, hari ini.

BN merupakan salah satu komponen Gabungan Rakyat Sabah (GRS) yang memerintah negeri itu selepas PRN Sabah 2020.

Tidak diketahui sama ada formula perkongsian kuasa itu akan diteruskan kerana BN kini merupakan sebahagian daripada Kerajaan Perpaduan di peringkat Persekutuan.

Sementara itu, Zambry turut memaklumkan BN akan menganjurkan sambutan ulang tahun ke-50 pada  7 Disember ini di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur. 

"Pelbagai acara telah dirancang, dan kira-kira 5,000 pemimpin akar umbi BN dari seluruh negara dijangka hadir," jelasnya.


JIWA MERDEKA






Catat Ulasan

0 Ulasan