George Town yang patut tukar nama, bukan UPM

 

Gambar hiasan: ChatGPT


Nama Universiti Putra Malaysia telah digunakan sejak 1997 bagi menggantikan nama Universiti Pertanian Malaysia. Singkatannya masih kekal UPM.

Institusi pendidikan yang ditubuhkan pada 1931 itu mulanya dikenali sebagai Sekolah Pertanian dan kemudian ditukar menjadi Kolej Pertanian Malaya pada 1947.

Pada 1971, Kolej Pertanian Malaya dinaik taraf sebagai Universiti Pertanian Malaysia dan nama itu digunakan sehingga 1997.

Setelah 27 tahun berlalu, nama Universiti Putra Malaysia sudah sebati dalam kalangan rakyat Malaysia terutamanya mereka yang menjadi alumninya.

Semalam, Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu mahu mengembalikan nama institusi pengajian tinggi awam (IPTA) itu kepada Universiti Pertanian Malaysia.

Abang Mat mimpi apa agaknya, tiba-tiba sahaja mahu UPM kembali menggunakan nama lamanya yang tidak lagi mencerminkan kepelbagaian bidang pengajian akademik yang ditawarkannya.

Daripada Abang Mat pening kepala mencari alasan untuk tukar nama UPM, lebih baik beliau perah otak memikirkan masalah ketandusan bekalan beras tempatan di dalam negara.

Biarkan sahajalah UPM kekal dengan nama penuh Universiti Putra Malaysia. Bila tukar nama, banyak pula belanja yang kena keluar.

Paling tidak pun, papan tanda termasuk di jalan raya perlu ditukar dengan yang baharu. 

Lebih baik kalau Abang Mat sebagai Presiden Amanah memperjuangkan nama-nama tempat peninggalan penjajah British seperti Georgetown dan Port Dickson dikembalikan kepada nama asalnya.

Cubalah bisik-bisik dengan Ketua Menteri Pulau Pinang dan Menteri Besar Negeri Sembilan. Mana tau hatinya cair dengan pujukan Abang Mat.

Kalau Abang Mat dapat buat, gerenti satu Malaya respek dengan dia. 

JIWA MERDEKA






Catat Ulasan

0 Ulasan