"Bodoh itu percuma" - Akmal hentam Tony Pua

 


Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Akmal Saleh membidas bekas Setiausaha Publisiti DAP, Tony Pua yang seolah-olah cuba menegakkan benang basah mempertahankan kerugian besar yang dialami FashionValet.

Beliau menyifatkan tindakan itu sebagai luar biasa.

Menurut beliau, adalah luar biasa juga apabila Khazanah Nasional dan Permodalan Nasional Berhad (PNB) meletakkan dana awam yang besar meletakkan dana awam dalam syarikat yang mencatatkan kerugian lima tahun berturut-turut.

"Dia ni tahu tak, rakyat kat bawah ni nak pinjam RM10,000 buat bisnes pun payah nak dapat.

"Tak apalah, bodoh itu percuma dan teruskanlah kebodohan itu.

"Oh ya lupa, dia ni bekas setiausaha politik Menteri Kewangan the hidden tunnel negara pasir berdengung," katanya dalam hantaran Facebook, hari ini.

Terdahulu, Tony seolah-olah menyindir Dr Akmal dalam isu kerugian besar yang dihadapi FashionValet.

"Ada pelawak yang menggesa suruhanjaya siasatan diraja (RCI) ditubuhkan untuk isu FashionValet," katanya dalam hantaran Facebook, malam tadi.

Tony juga berpandangan, kecaman berlebihan terhadap pengurusan FashionValet hanya akan mewujudkan satu budaya di mana pembuat keputusan tidak berani mengambil risiko.

Ahad lalu, Dr Akmal melalui hantaran Facebook membuat cadangan tersebut bagi menyiasat sekiranya terdapat salah laku dalam kerugian yang melibatkan pelaburan oleh Khazanah Nasional dan PNB

Isu FashionValet meletup ekoran kerugian pelaburan ditanggung Khazanah Nasional dan PNB yang menyaksikan kerugian lima tahun berturut-turut sebelum dua syarikat pelaburan berkaitan kerajaan itu melabur.

Semakan pemfailan akaun kewangan syarikat antara 2012 dan 2017 menunjukkan kerugiannya meningkat kepada RM10.7 juta pada 2017, berbanding RM166,793 pada 2012, sebelum pelaburan Khazanah dan PNB dalam syarikat itu pada 2018.

Maklumat kewangan itu diperoleh daripada pemfailan dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).

Pada tahun Khazanah dan PNB melabur dalam syarikat itu, ia mencatatkan kerugian bersih sebanyak RM20.19 juta.


Catat Ulasan

0 Ulasan