Gara-gara tiada rundingan bentuk Kerajaan Perpaduan di Johor, Amanah sedia tanding 20 kerusi

 

Dzulkefly Ahmad


Berikut adalah kenyataan media Timbalan Pengerusi Parti Amanah Negara Johor, Dzulkefly Ahmad hari ini berhubung kesediaan parti itu bertanding 20 kerusi di Johor:

1. Parti Amanah Negara (AMANAH) Negeri Johor, telah memutuskan untuk persediaan bertanding di DUN Johor pada PRN atau PRU yang akan di negeri ini.

2. Kami telah menyasarkan untuk bertanding sekurang-kurangnya 12 ke 20 kerusi dari 56 kerusi DUN yang berada di negeri ini sama ada kita bersama dengan BN atau bersama dengan gabungan asal Pakatan Harapan (PH).

3. Kami telah pun mengenal pasti antara DUN sasaran kami yang akan menjadi pilihan kami dalam mencapai objektif kami selain mengekalkan satu kerusi yang sedia ada iaitu Dun Simpang Jeram.

4. Dalam langkah persediaan awal ini, kami akan membawa pandangan serta keputusan ini kepada kepimpinan tertinggi Parti Amanah serta kepimpinan dari parti gabungan Pakatan Harapan baik di peringkat negeri mahupun di peringkat pusat.

5. Sehubungan dengan itu kami juga tidak menolak kemungkinan akan berlakunya pertandingan tiga penjuru antara Pakatan Harapan, Barisan Nasional dan Perikatan Nasional dalam PRUN atau PRU yang akan berlaku di negeri Johor nanti.

6. Ini juga sebagai langkah bahawa kami di peringkat kepimpinan Parti Amanah Negara Johor tidak bersetuju dengan kepimpinan Barisan Nasional Johor yang langsung tidak ada kemahuan untuk membentuk Kerajaan Perpaduan di negeri ini walaupun selepas menang dalam PRK Mahkota baru-baru ini.

7. Kami tegaskan sekali lagi bahawa keputusan dari Parti Amanah Negara Johor ini adalah disebabkan tiada rundingan langsung berkenaan Kerajaan Perpaduan dari pihak Barisan Nasional hingga tarikh kenyataan media ini dikeluarkan.


JIWA MERDEKA


Catat Ulasan

0 Ulasan