![]() |
| Gambar: Facebook Dr Radzi Jidin |
Kecoh ketika ini tentang isu segelintir pihak mendesak kerajaan mengembalikan semula Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3).
Tidak ketinggalan caitro-caitro Perikatan Nasional (PN) tumpang sekaki mengambil kesempatan mempolitikkan isu itu untuk menghentam Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek.
Dalam keghairahan mereka menyerang Kementerian Pendidikan era Madani, caitro-caitro PN terlupa pula pemansuhan kedua-dua peperiksaan tersebut dikuatkuasakan pada ketika zaman pemimpin PN menerajui Kementerian Pendidikan.
Pada 28 April 2021, Menteri Kanan Pendidikan era kerajaan PN, Datuk Dr Radzi Jidin mengumumkan pemansuhan UPSR dan pembatalan PT3 pada tahun tersebut.
Ketika ditanya mengapa keputusan pemansuhan UPSR dibuat, Radzi berkata, antara maklum balas yang diterima pihak dalam sesi libat urus adalah guru terpaksa memberi tumpuan yang lebih kepada subjek UPSR sehingga mengekang kreativiti guru dalam pengajaran.
Kemudian, pada 2 Jun 2022, Radzi mengumumkan PT3 pula dimansuhkan setelah peperiksaan itu dibatakan selama dua tahun berturut-turut sebelum ekoran pandemik COVID-19.
Sudah terang dan jelas keputusan pemansuhan dua peperiksaan awam tersebut dibuat oleh pemimpin PN sendiri namun kini, Fadhlina pula yang menjadi mangsa kecaman caitro pembangkang.
Walaupun UPSR dan PT3 telah dimansuhkan, murid-murid masih lagi berdepan dengan peperiksaan di peringkat sekolah dan prestasi mereka sentiasa dinilai.
Tidaklah mereka boleh duduk goyang kaki sahaja tanpa bersikap serius terhadap pelajaran kerana ibu bapa yang prihatin pasti selalu mengambil tahu tentang prestasi akademik anak-anak mereka.
Mungkin ada ibu bapa yang kecewa kerana tidak dapat lagi menayangkan slip keputusan anak-anak mereka yang berlambak A dalam media sosial.
Tanpa disedari ketaksuban ibu bapa terhadap keputusan semua A telah menimbulkan tekanan terhadap anak-anak mereka malah ada remaja yang terpaksa melupakan minat mereka dalam bidang lain seperti sukan dan seni semata-mata untuk memenuhi harapan ibu bapa yang terlalu tinggi.
Cukup-cukuplah mendesak Fadhlina untuk membatalkan pemansuhan UPSR dan PT3 yang dimulakan pada zaman Radzi Jidin dahulu.
Sepatutnya, caitro-caitro PN berbangga kerana Kerajaan Madani masih meneruskan dasar yang dimulakan ketika mereka menjadi kerajaan dahulu.

0 Ulasan