Ahli MKT UMNO, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi menempelak veteran DAP, Tan Sri Lim Kit Siang berikutan kemenangan Donald Trump dalam pilihan raya Presiden Amerika Syarikat (AS) semalam.
Berikut adalah hantaran Facebook beliau hari ini:
Wanita masih gagal dipilih untuk jadi Presiden AS setelah 248 tahun merdeka. Ikut sejarah, AS merdeka pada 4 Julai 1776. Apakah itu rasis dan diskriminasi gender?
Pertama dia adalah wanita. Kedua, dia keturunan India-Jamaica. Lim Kit Siang boleh tolong jawab.
Apabila Obama menang Presiden, Lim Kit Siang bertanya bila agaknya orang Cina boleh jadi PM di Malaysia. Sekarang dia kena tanya kenapa Kamala ditolak? Apakah dia ditolak kerana emak Kamala asal India dan dari Asia?
Kematangan sebuah kemerdekaan tidak boleh diukur dengan jawatan dan tempoh. Ini evolusi. Bila Lim Kit Siang bangkit isu orang Cina jadi PM dia gelojoh dan tidak matang kerana membangkitkan perkara yang tidak boleh dipaksa.
Perbandingan bukan isu. Kenapa Lim Kit Siang banding Amerika dengan Malaysia bıla Obama dipilih Presiden Amerika? Dia patut banding Amerika dengan Indonesia, Pakistan dan India di mana wanita sudah jadi Presiden.
Sebab itu kaum dan gender jadi isu jika wujud diskriminasi. Ia bergantung kepada penerimaan rakyat negara itu. Seperti mana kerjasama UMNO dan DAP.
0 Ulasan