Berikut adalah kenyataan media Ahli Parlimen Parit, Muhammad Ismi Mat Taib hari ini:
1. Saya ingin menyatakan bantahan keras terhadap cadangan Tenaga Nasional Berhad (TNB) untuk menetapkan tarif asas baru sebanyak 45.62 sen sekilowatt-jam (kWj) bagi Semenanjung Malaysia di bawah Tempoh Kawal Selia 4 (RP4) yang dicadangkan untuk dilaksanakan mulai 1 Julai 2025.
2. Cadangan kenaikan tarif ini dijangka akan memberikan kesan langsung kepada rakyat yang sudahpun terbeban dengan kos sara hidup yang semakin meningkat. Walaupun TNB menjelaskan bahawa tarif ini adalah perlu untuk menampung kos operasi dan pembangunan infrastruktur, kita tidak boleh mengabaikan hak dan kepentingan pengguna, terutamanya golongan B40 dan M40 yang paling terkesan.
3. Saya menyeru kerajaan, khususnya Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) untuk meneliti secara terperinci cadangan ini. Sebarang kenaikan tarif elektrik mesti mengambil kira keadaan ekonomi semasa rakyat, dan perlunya keseimbangan antara kepentingan korporat TNB dan kemampuan pengguna untuk menanggung kos tambahan.
4. Kita akan terus memantau perkembangan isu ini dan berusaha memastikan hak rakyat terbela. TNB, sebagai penyedia utiliti utama negara, perlu memainkan peranan yang lebih bertanggungjawab dalam memastikan pembangunan sektor tenaga yang mampan tanpa membebankan rakyat.
Check out Jemeesen-Fast Acting Pain Relief Spray Soothes Muscle Joint Discomfort Targeted Relief for RM26.80 - RM129.00. Get it on Shopee now! https://s.shopee.com.my/6fRCBzlGmC
0 Ulasan