Buat sahaja PRU awal kalau PMX yakin boleh menang- Fadhli

 


Persetujuan pembangkang tidak diperlukan sekiranya kerajaan mahu mengadakan Pilihan Raya Umum Ke-16 (PRU16) lebih awal.

Ketua Penerangan PAS, Ahmad Fadhli Shaari berkata, tidak pernah mana-mana kerajaan di Malaysia mendapatkan persetujuan pembangkang dahulu untuk mengadakan pilihan raya.

"Itu isu mentaliti PM, bukan isu setuju atau tidak pilihan raya. 

"Kalau PMX yakin sangat boleh menang, di mana sering dikatakan bahawa kerajaan sekarang tidak dapat melaksanakan banyak janji kerana bergabung dengan banyak pihak, nah, buat sahajalah. 

"Persetujuan kami di pihak pembangkang tidak diperlukan," katanya dalam hantaran Facebook hari ini. 

Baru-baru ini, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yakin bahawa Kerajaan Madani mempunyai kelebihan untuk memenangi PRU16 jika diadakan dalam tempoh terdekat.

Beliau yang berkata, keyakinan tersebut berdasarkan kerangka pentadbirannya yang mementingkan aspek pengurusan ekonomi.

BACA LAGI





Catat Ulasan

0 Ulasan