PRN Sabah medan ujian semua parti

 


Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah akan menguji sama ada setiap parti mendengar antara satu dengan lain. 

Ahli MKT UMNO, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi berkata, situasi itu membabitkan khususnya antara BN-PH dengan GRS atau BN-PH dengan Warisan. 

"Umum mengetahui UMNO kurang mesra dengan GRS dan PH pula kurang mesra dengan Warisan," katanya dalam hantaran Facebook, hari ini.

PRN Sabah dijangka menyaksikan situasi yang janggal antara parti-parti yang bakal bertanding.

Setakat ini, BN dan PH akan bekerjasama dengan meneruskan formula Kerajaan Perpaduan pada PRN Sabah.

Walau bagaimanapun, gabungan BN-PH perlu memilih antara GRS yang kini membentuk kerajaan negeri atau Warisan yang bertindak sebagai pembangkang.

Pembentukan pakatan pilihan raya mungkin berdepan situasi rumit memandangkan kedua-dua GRS dan Warisan menyokong Kerajaan Perpaduan di peringkat Persekutuan.

Sekiranya pakatan pilihan raya gagal dibentuk, tidak mustahil akan berlaku pertembungan sekurang-kurangnya tiga penjuru antara BN-PH, GRS dan Warisan pada PRN Sabah. 


BACA LAGI




Catat Ulasan

0 Ulasan