Fitnah tafsiran PAS 'ditanggung halal' - Puad

 


Ahli MKT UMNO, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi membidas tindakan PAS melancarkan kutipan derma untuk membantu Ahli Parlimen Kepala Batas, Dr Siti Mastura Muhammad membayar saman fitnah kepada beberapa pemimpin DAP.

Berikut adalah hantaran Facebook beliau hari ini:

Berapa agaknya jumlah kutipan yang terkumpul untuk bantu saman fitnah terhadap MP Kepala Batas? Dalam PAS ramai jutawan yang boleh tolong bayar. Tetapi strategi PAS ialah untuk mensensasikan isu itu untuk meraih simpati rakyat.

Mursyidul Am PAS Hashim Jasin kata tidak salah ahli PAS bantu Siti Mastura membayar saman fitnah kepada pemimpin DAP. Hashim Jasin tidak mengemukakan dalil syarie.

Ia dibidas oleh Dr Khairuddin At Takiri bekas Setiausaha Dewan Ulama Pas. Mana boleh bantu bayar saman sivil kerana “dosa fitnah” katanya. Dia merujuk Surah al Maidah ayat 2. Ia menyebut jangan bekerjasama atas dasar dosa dan permusuhan.

Mungkin fitnah dalam tafsiran PAS tidak sama dengan fitnah tafsiran  mahkamah. Fitnah tafsiran PAS “ditanggung halal”.


BACA LAGI




Catat Ulasan

0 Ulasan