Hak Najib adalah bebas sepenuhnya - Nik Abduh

 


Ahli Dewan Negara, Senator Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz berpandangan, bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak wajar dibebaskan sepenuhnya daripada hukuman penjara.

Berikut adalah hantaran Facebook beliau hari ini:

Saya ditanya, mengapa lama diam isu DSNR (Datuk Seri Najib Razak). 

Saya jawab, kerana pendirian saya kekal sama atau mungkin tambah teguh. Ia perbicaraan senget. 

DSNR tidak diberikan haknya untuk membela diri dengan sempurna. 

Saya tidak cadangkan beliau diberi tahanan rumah. Hak beliau adalah bebas sepenuhnya. 

Bukan kerana beliau terbukti tidak bersalah, tetapi gagal dibuktikan bersalah. 

Pandangan saya, sebagaimana politik negara masih berlakon matang, mahkamah juga penuh lakonan.


BACA LAGI





Catat Ulasan

0 Ulasan