Kenapa melenting bila PAS bela Bossku? - Annuar Musa

 


Berikut adalah hantaran Facebook Pengerusi Muafakat Nasional (MN), Tan Sri Annuar Musa hari ini:

1. Ada yang kepanasan bila lihat PAS membela dengan tegas Bossku, khususnya dalam isu TITAH ADENDUM Lembaga Pengampunan WP.

2. Ramai lupa melihat PAS amat konsisten dalam memperjuangkan keadilan, menentang kezaliman serta menghulur tangan kepada yang jatuh dan ditekan pihak atasan dan yang lebih berkuasa.

3. Misalnya, sewaktu YBM Tengku Razaleigh jatuh, PAS membantunya

4. Sewaktu DSAI jatuh, siapa yang membelanya jika tidak PAS berhempas pulas membantunya

5. Malah ketika UMNO jatuh dan pemimpinnya ditekan, PAS jugalah yang tampil membantu, sehingga UMNO yang tewas dan hilang kuasa pasca PRU14 dinobat semula menjadi kerajaan.

6. Siapakah yang mengangkat semula UMNO untuk menjawat jawatan PERDANA MENTERI, kalau tidak dengan sokongan padu PAS kepada UMNO dan PM9.

7. Yang pasti PAS tegas dan istiqamah dalam menegakkan keadilan, membela yang di zalimi serta menjaga siyasah syariah secara konsisten. Setiap tindakan bukan semberono malah diteliti dan dikaji cerdik pandai dan alim ulama. Ia bukan strategi INDIVIDU serta dengan tipu muslihat bagi agenda peribadi.

8. Dalam isu Dato Seri Najib, ternyata beliau dinafikan keadilan sewajarnya. PAS konsisten menjunjung RULE OF LAW DAN PROSES PERUNDANGAN. DSNR telah melalui proses itu dengan penuh sabar dan penuh keperitan. Namun dalam proses itu kenapa urusan HAK NYA YANG DIJAMIN DALAM PERLEMBAGAAN DAN PERKENAN DIRAJA yang di perolehinya bukan saja dinafikan malah cuba disembunyikan tanpa ketelusan termasuk di Parlimen.

9. Lebih malang bagi DSNR ini semua berlaku di saat rakan-rakan yang menjanjikan pembelaan sedang berkuasa, malah terlibat secara langsung, tapi tidak membantunya secara TEGAS DAN TUNTAS.

10. Sekiranya mereka gagal membantu atas apa alasan sekali pun,tidak wajar mereka mempersoalkan pendirian PAS.

11. Bayangkan jika PAS tidak bersuara lantang di Parlimen, isu yangbesar ini dan ketidakadilan pada DSNR ini akan terus dibisukan oleh semua.

12. Isu DSNR kini bukan di tahap isu kepartian. Ia adalah isu keadilan,isu keluhuran undang undang serta isu KESETIAAN PADA RAJA yang memerintah. PAS istiqamah memperjuangkan prinsip-prinsip ini.

13. Apa lagi bila kita melihat pemimpin-pemimpin utama negara,khususnya mantan mantan PERDANA MENTERI kita, dilayan dengan layanan buruk apabila tidak berkuasa. Sementara yang berķuasa dilihat mendapat layanan istimewa di sisi undang-undang. Setidak-tidaknya itulah yang rakyat nampak pada masa ini.

14. Sudah tentu negara memerlukan satu kejernihan dari politik dendam dan suasana tidak konsisten ini. Politik dendam perlu diganti dengan politik lebih harmonis di mana tumpuan diberi kepada performance pemerintah untuk  menyempurnakan isu rakyat dan negara.

14. Jika tidak, kita akan terus diburu SENSE OF INSECURITY, kerana pertukaran kuasa akan membawa kepada siri baru WITCH HUNTING DAN MEMBALAS DENDAM dan KARMA yang tidak berkesudahan.

15. Beri DSNR hak untuk mendapat keadilan.


BACA LAGI



Catat Ulasan

0 Ulasan