PKR yang patut kena marah dengan ahli UMNO - Puad

 


Berikut adalah hantaran Facebook Ahli MKT UMNO, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi semalam:

Betul cakap Tengku Zafrul. Hak dia untuk tentukan parti mana dia mahu sertai. Ahli UMNO setakat boleh marah tetapi tidak boleh buat apa apa. 

Kalau betul Tengku Zafrul sertai PKR, yang patut kena marah ialah PKR. Parti itu ada kuasa untuk tolak jika ia ada moral untuk jaga hati kawan apa lagi setiakawan kerajaan perpaduan.

Mesti ada sebab musabab luar biasa kenapa Tengku Zafrul laku macam pisang goreng panas. Sekarang parti politik macam syarikat korporat. Ada orang bertaraf CEO yang laku pergi ke mana-mana parti politik.

Tidak mungkin sebab musabab itu ada unsur titah adendum yang PKR tidak boleh ingkari?

JIWA MERDEKA




Catat Ulasan

0 Ulasan