Kenapa sembunyikan titah adendum? Soal Veteran UMNO

 


Berikut adalah kenyataan Setiausaha Veteran UMNO, Datuk Mustapha Yaakub hari ini berhubung isu titah adendum:

1. Veteran UMNO menjunjung kasih kepada KDYMM Tuanku Sultan Pahang yang telah memperkenankan titah adendum baginda dizahirkan melalui DS Nizar anak kepada DS Najib dalam satu majlis mengadap baginda oleh exco kerajaan negeri Pahang itu.

2. Sudah jelas adendum itu memang ada dan ujud. Ianya bukan lagi 'hearsay' sebagaimana yang didakwa sebelum ini. DS Zahid dan DS Wan Rosdy tidak berbohong dengan afidavit mereka. Tuanku Sultan sebagai punca sumber sebenarnya adendum itu telah mengesahkan kebenaran kesahihannya. Adalah mustahil Tuanku berbohong.

3. Soalnya, kenapa adendum itu disembunyikan? Siapa yang menyembunyikannya? Adendum itu adalah satu titah. Titah seorang Agong yang wajib ditaati dan dilaksanakan oleh kerajaan.

4. Oleh yang demikian, Veteran mendesak kerajaan supaya berterus terang demi kedaulatan undang-undang ketaatan kepada Raja dan Negara seperti tercatit dalam Rukun Negara. Sebarang usaha untuk mengkhianati Rukun Negara oleh kerajaan akan menghilangkan rasa hormat rakyat kepada Rukun Negara dan Kerajaan.

5. Jangan biarkan isu adendum ini menjadi misteri yang berpanjangan dan mengelirukan rakyat. Rakyat mahukan kebenaran. Kalau ianya benar maka rakyat mahukan ianya dilaksanakan.

6. Veteran ingin menegaskan bahawa Zahid tidak berbohong. Wan Rosdy tidak berbohong. Tuanku Sultan Pahang bertitah benar. Dan Veteran UMNO yakin adendum itu benar ujud.


BACA LAGI




Catat Ulasan

0 Ulasan