Berikut adalah kenyataan Datuk Nazifuddin Najib semalam berhubung isu titah adendum:
Mengapa perlu menyembunyikan kebenaran dan apakah niat sebenarnya pada mereka yang terlibat secara terus perihal titah adendum pengampunan Ayahanda Najib Razak?
Tindakan ini hanya mendedahkan betapa rendahnya integriti dalam sistem yang kita ada pada hari ini.
Titah adendum ayahanda Dato' Seri Najib Razak telah dikeluarkan malah telah pun tersebar melata di media sosial, membawa bukti yang jelas dan kuat. Keputusan ini mengukuhkan lagi haknya untuk mendapatkan perbicaraan yang adil dan setimpal. Rakyat kini menuntut undang-undang agar keadilan ditegakkan dengan penuh ketelusan, tanpa sebarang penyelewengan mahupun gangguan kuasa politik dari sentuhan tangan-tangan ghaib.
Rakyat Malaysia ingin melihat kerajaan PH-BN melakukan sesuatu yang jujur dan telus. Andai kerajaan ambil sambil lewa serta membiarkan tangan-tangan ghaib melakukan sesuatu dengan sesuka hati pada perundangan Negara Berdaulat Malaysia ini, maka jangan terkejut andai nanti kerajaan akan dihukum pada PRU akan datang.
Apa lagi yang mereka mahukan ?
Apakah mereka takut ?
Jelas terbukti Abang saya, Dato’ Nizar Najib, telah membuat satu afidavit tambahan dan menyerahkan kepada mahkamah satu salinan titah adendum yang mengarahkan agar Dato’ Seri Najib Razak dikenakan tahanan di rumah.
Di mana yang menyatakan bahawa itu adalah khabar angin atau "hearsay" ? Malah ada yang berani menyatakan bahawa titah adendum itu satu ‘forgery’ ( palsu ). Bagi saya ia adalah pernyataan yang tidak bijak serta terdesak sesetengah ahli politik bersama penyokongnya, yang saya lihat ibarat takut pada kekuatan pengaruh Ayahanda yang sekian hari kian jelas menarik sokongan rakyat.
Kekanda Dato Nizar tidak sama sekali tergamak untuk menipu dan melakukan pemalsuan dokumen dengan menggunakan nama bekas YDPA. Ini kerana beliau adalah insan yang menjulang intergriti diri. Dan bekas YDPA, Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah ibni Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah adalah insan yang sangat beliau sanjungi dan hormati.
Saya difaham bahawa dokumen-dokumen yang diserahkan oleh Kekanda Dato Nizar pada mulanya boleh diakses orang ramai melalui sistem fail mahkamah sebgaimana mana-mana kes jenayah yang lain. Tetapi kini, mahkamah telah sekat dokumen-dokumen daripada diakses orang umum, apakah ada sesuatu yang disembunyikan juga? Kebenaran tetap akan muncul walau bagaimanapun cara ia dinafikan.
Perbuatan ini jelas mencerminkan ketidaktelusan dan kini rakyat Malaysia sedang menilai dan memerhatikan, serta mula mempersoalkan sistem perundangan negara.
Setiap hari Ayahanda Dato’ Seri Najib ‘berehat’ di kamar besi Penjara Kajang, yang mana pada pendapat saya ia adalah salah darı segi moral dan dengan titah addendum yang ‘sah’ ini, ia juga adalah tidak patut membiarkan Ayahanda terus terkurung bersendirian di sana.
Sumpah mubahalah Ayahanda Dato’ Seri Najib Razak telah mula memberi kesan.

0 Ulasan