Puad cadang mesyuarat khas MKT bincang isu titah adendum

 


Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi akan mencadangkan agar UMNO mengadakan mesyuarat khas MKT untuk membincangkan tindakan susulan ekoran afidavit Datuk Nizar Najib. 

"Afidavit terbaru Datuk Nizar itu membuktikan afidavit Datuk Zahid dan MB Pahang mengenai titah adendum bukan hearsay," katanya yang juga Ahli MKT dalam hantaran Facebook hari ini.

Sebelum itu, Nizar yang juga anak bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak telah memfailkan afidavit di mahkamah mengenai titah adendum Yang di-Pertuan Agong ke-16 bagi membolehkan ayahnya menjalani baki hukuman penjara sebagai tahanan di rumah.

Anak sulung Najib, Datuk Muhammad Nizar mengesahkan perkara tersebut telah dimaklumkan sendiri oleh Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah kepadanya baru -baru ini.


BACA LAGI 




Catat Ulasan

0 Ulasan