Ahli MKT UMNO, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi meminta PKR bersikap jujur dalam isu titah adendum tahanan rumah terhadap bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.
Berikut adalah hantaran Facebook beliau, hari ini:
Semalam BN menyambut ulang tahun ke-50. Satu tempoh yang amat panjang. Anggota BN bukan tidak pernah berbeza pandangan. Kadang kadang gaduh besar. Tapi konsensus, kesederhanaan dan kejujuran jadi resepi setiakawan.
Semalam BN sepakat mahu Najib diberikan perbicaraan yang adil dan dibebaskan. Ini namanya setiakawan. Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing.
Justeru PKR juga harus jujur dalam isu titah adendum. Kerajaan Madani boleh bertahan lama jika kejujuran wujud. Tanpa kejujuran kerajaan PN tumbang dalam tempoh 17 bulan.

0 Ulasan