Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Akmal Saleh mengingatkan Ahli MKT UMNO, Datuk Lokman Noor Adam bahawa pemimpin wajib membawa suara rakyat.
Menurut beliau, pemimpin tidak sepatutnya membawa suara perut sendiri untuk kepentingan diri sendiri sehingga sanggup menjilat.
Dr Akmal kesal dengan tindakan mereka yang melabelkannya sebagai 'barua parti lawan' apabila membawa suara rakyat dan menegur kesalahan pasukan sendiri.
"Kesian dengan pemikiran penjilat macam Lobakman ni.
"Lokman Noor Adam kalau tak puas hati, bagi masa dan tempat aku datang jumpa kau depan-depan je,
"Tak jantan kutuk orang lain depan kamera ni," katanya dalam hantaran Facebook, hari ini.
0 Ulasan