Dewan Ulamak PAS Pusat (DUPP) menafikan kenyataan palsu kononnya mengharamkan mangsa-mangsa banjir di negeri yang ditadbir PAS menerima bantuan daripada pihak luar.
Ketuanya, Datuk Ahmad Yahaya berkata, pihaknya tidak pernah mengeluarkan kenyataan tersebut.
Beliau menyifatkan tindakan itu sebagai sangat tidak bertanggungjawab.
"DUPP mengharapkan agar semua pihak tidak termakan dengan fitnah yang dikeluarkan oleh sesetengah pihak.
"Mereka barangkali terlupa bahawa setiap perbuatan manusia dicatat disisi-Nya dan tidak akan terlepas daripada pengetahuan Allah SWT," katanya dalam hantaran Facebook malam tadi.
Ahmad menambah, DUPP sentiasa mengalu-alukan semua pihak membantu mangsa-mangsa banjir tanpa mengira latar belakang mereka.
"Sesungguhnya setiap amal kita dikira sebagai ibadat meskipun sekecil zarah, insya-Allah," jelasnya.
0 Ulasan