Khalid Samad dilantik Pengerusi KADA

 


Pengarah Komunikasi Amanah, Khalid Abdul Samad dilantik sebagai Pengerusi Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (KADA) yang baharu.

Perkara itu diumumkan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu melalui Facebook hari ini.

Menurut beliau, pelantikan itu mencerminkan kepercayaan terhadap kepimpinan, pengalaman, serta komitmen Khalid dalam memimpin serta menyumbang kepada pembangunan masyarakat.

"Bang Mat yakin dengan kewibawaan dan visi Tuan Haji Khalid, KADA akan terus memainkan peranan penting dalam memperkasakan sektor pertanian, khususnya di Kelantan, demi manfaat para petani dan masyarakat keseluruhannya.

"Pada masa yang sama, Bang Mat juga ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada YBhg. Ustaz Muhammad Husain atas segala jasa, usaha, dan sumbangan beliau sepanjang tempoh perkhidmatan sebagai Pengerusi KADA. 

"Semoga segala sumbangan beliau menjadi amal jariah yang berpanjangan dan diberkati oleh Allah SWT. Buat Tuan Haji Khalid Samad, selamat bertugas," katanya.


JIWA MERDEKA




Catat Ulasan

0 Ulasan