Anuar Zain dilantik Duta Kemanusiaan MAHAR

 


Malaysian Humanitarian Aid and Relief (MAHAR) melancarkan kempen “PALESTINE RAYS OF HOPE” semalam untuk terus membantu rakyat Palestin yang akan menampilkan artis tersohor negara, Anuar Zain, sebagai Duta Kemanusiaan MAHAR.

Anuar Zain berkata, beliau sentiasa mengikuti secara rapat apa yang berlaku di Gaza dan amat tersentuh dengan kesengsaraan yang dihadapi mereka. 

Kali ini beliau merasakan perlu untuk terus membantu mereka dengan menerima cadangan kolaborasi sekali gus menjadi Duta Kemanusiaan MAHAR.

Kempen ini bertujuan mengumpul dana bagi membantu rakyat Palestin yang sedang bergelut dengan krisis kekurangan makanan dan keperluan asas serta berdepan dengan musim sejuk yang bakal tiba tidak lama lagi. 

Fokus pertama bantuan dari kempen ini adalah pakaian dan perkakasan musim sejuk.

“Peluang ini akan dimanfaatkan sepenuhnya untuk terus membantu rakyat Palestin yang sentiasa diuji dengan pelbagai cabaran. 

"Usaha bantuan ini sangat penting pada masa ini buat mereka kerana ia dapat meringankan beban mereka dan membawa harapan baru untuk meneruskan kehidupan,” kata Anuar Zain.

Beliau turut menyeru orang ramai dan pihak korporat untuk bersama-sama menjayakan kempen ini. 

“Sumbangan anda mampu memberikan impak besar kepada kehidupan mereka,” katanya.  

Presiden MAHAR, Jismi Johari, berkata signifikan program yang dirancang MAHAR adalah untuk menunjukkan solidariti kita dengan saudara kita di bumi Gaza serta menterjemah rasa ihsan serta belas kasihan. 

“Kempen ini bukan sahaja bertujuan memenuhi keperluan mendesak mereka yang terjejas, tetapi juga meningkatkan kesedaran tentang cabaran kemanusiaan yang berterusan di Palestin,” katanya.  

Setiap ringgit yang disumbangkan mampu memberikan kehangatan dan harapan kepada mereka secara keseluruhannya.  

Orang ramai dan pihak korporat boleh memberikan sumbangan melalui:  

MALAYSIAN HUMANITARIAN AID AND RELIEF

CIMB Bank Berhad 

8605980461  


JIWA MERDEKA




Catat Ulasan

0 Ulasan