MB Terengganu tiada adab - Veteran UMNO

 

Mustapha Yaakub


Veteran UMNO menyifatkan Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar sebagai tiada adab apabila beliau tidak menyertai lawatan kerja Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamid bagi meninjau situasi banjir di negeri itu semalam.

Setiausahanya, Datuk Mustapha Yaakub berkata, sebaliknya, Ahmad Samsuri menghadiri Perhimpunan Agung Tahunan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) di Kuala Lumpur.

"Ahmad Samsuri tidak dapat membezakan antara lawatan kerja Timbalan Perdana Menteri dengan majlis jemputan parti politik untuk meraikan Perhimpunan Agung Tahunan. 

"Dia lebih mementingkan rakan politiknya dari rakyat yang ditimpa petaka banjir," katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau menambah, Ahmad Zahid tidak perlu dilayan sebagai tetamu dengan nasi dagang semasa lawatan kerjanya.

Namun, Mustapha berkata, sebagai Timbalan Perdana Menteri yang peka nasib rakyat Terengganu beliau sewajarnya disambut oleh seorang Menteri Besar walaupun berbeza parti. 

"Zahid sendiri ada program yang ditetapkan lebih awal bagi merasmikan MAT Mubarak di Kuala Lumpur tapi terpaksa mewakilkannya kepada MB Perak.

"Bezanya Zahid mengutamakan rakyat Terengganu demi rakyat tapi Shamsuri mengutamakan parti rakan demi kuasa," ujarnya.


JIWA MERDEKA




Catat Ulasan

0 Ulasan