MUDA dwistandard, sokong rayuan kes Syed Saddiq tetapi sindir DNAA Najib

 


Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) kelihatan seperti mengamalkan dwistandard dalam membicarakan kes mahkamah yang dihadapi oleh bekas Presiden mereka, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dan bekas Perdana Menteri yang dikasihi rakyat, Datuk Seri Najib Razak.

Dalam kenyataan media semalam, parti itu menyatakan berdiri teguh menyokong perjuangan Syed Saddiq mendapatkan keadilan bagi dirinya. 


Ahli Parlimen Muar itu akan memulakan proses rayuan selepas menerima penghakiman bertulis daripada Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur bagi empat kes bersubahat pecah amanah, salah guna harta dan pengubahan wang haram (AMLA).

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menyifatkan tindakan Syed Saddiq menyimpan dan membahagikan wang Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada) tanpa disimpan di tempat yang selamat di pejabat parti, menimbulkan satu inferens niat jahat.

Atas dasar itu, Hakim, Datuk Azhar Abdul Hamid berkata, hukuman penjara tujuh tahun, denda RM10 juta dan dua sebatan atas empat kes tersebut.

Beliau berkata demikian dalam alasan penghakiman yang dimuat naik dalam sistem kehakiman, selepas setahun sabitan dan hukuman dijatuhkan terhadap bekas Ketua Armada itu.

Namun, nada MUDA sangat berbeza apabila Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 27 November melepas tanpa membebaskan (DNAA) Najib dan bekas Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Tan Sri Mohd Irwan Serigar Abdullah daripada enam tuduhan pecah amanah.

Tuduhan tersebut membabitkan harta Kerajaan Malaysia berjumlah RM6.6 bilion berkaitan bayaran kepada International Petroleum Investment Company (IPIC).

MUDA dalam kenyataan media pada hari yang sama keputusan itu buat seolah-olah menyindir apabila menyatakan "Anugerah DNAA Kembali".




Apa maksud sindiran MUDA itu? Apakah mereka tidak tahu atau buat-buat tidak tahu bahawa Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Muhammad Jamil Hussin membuat keputusan itu selepas pihak pendakwaan gagal menyerahkan ratusan dokumen berkaitan perbicaraan kepada pasukan pembelaan, walaupun pertuduhan telah difailkan sejak 2018.

Tidakkah MUDA sedar bahawa sejak 2018, pendakwaan meminta penangguhan demi penangguhan kerana mereka sememangnya tiada bukti kukuh untuk mengaitkan Najib dengan tuduhan itu.

Sepatutnya MUDA bertanya kepada Syed Saddiq kenapa pemimpin kesayangan intan payung mereka itu menutup mulut apabila kerajaan Pakatan Harapan 1.0 meneruskan pendakwaan terhadap Najib.

Mengapa MUDA mempunyai standard moral yang berbeza dalam kedua-dua kes ini? 

Sedarlah bahawa terlalu banyak bukti kukuh yang menyokong pertuduhan terhadap Syed Saddiq sedangkan Najib diheret ke mahkamah tanpa bukti.

Jangan lupa, Syed Saddiq juga pernah ada isu tersalah jalan dalam acara triatlon di Johor tidak lama dahulu.

Kalau muda lagi sudah tidak betul, bila sudah tua nanti entah macam mana jadinya.


JIWA MERDEKA





Catat Ulasan

0 Ulasan