Siasat segera Tun Mahathir - Puad

 


Ahli MKT UMNO, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi menggesa kerajaan segera menyiasat bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Menurut beliau, gesaan itu adalah selaras dengan syor Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) yang menyiasat isu berkaitan pengendalian kes kedaulatan Batu Puteh, Batuan Tengah, dan Tubir Selatan mencadangkan supaya siasatan jenayah dimulakan terhadap Dr Mahathir.

"Justeru jangan buang masa. Buat segera laporan polis. Jual kedaulatan negara mesti dihukum berat. 

"Negara hilang wilayah secara kekal. Tidak boleh diganti dengan wang ringgit," katanya dalam hantaran Facebook, hari ini.

RCI membuat cadangan tersebut berikutan keputusan Jemaah Menteri yang diketuai Dr Mahathir pada 2018 untuk menarik balik permohonan membatalkan keputusan Mahkamah Antarabangsa (ICJ), menyebabkan Malaysia kehilangan kedaulatan ke atas Pulau Batu Puteh kepada Singapura.

Dalam laporan setebal 217 muka surat yang diedarkan kepada Ahli Parlimen di Dewan Rakyat hari ini, RCI mencadangkan siasatan dilakukan mengikut Seksyen 415(b) Kanun Keseksaan dengan hukuman di bawah Seksyen 417 dan Seksyen 418. 

Sebagai perbandingan, Mohd Puad berkata, dana 1MDB yang hilang dapat dikutip semula, tanah 1MDB  juga tidak hilang malah projek TRX siap dan ada hasil. 

"Tetapi Batu Puteh, jangankan tanah, duit satu sen pun tidak dapat balik. Maka jangan ada kompromi. Jangan banyak alasan. Jangan berlengah," katanya.


JIWA MERDEKA




Catat Ulasan

0 Ulasan