![]() |
| Dr Akmal Saleh |
Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Akmal Saleh mempersoalkan sama ada titah adendum berhubung perintah tahanan di rumah terhadap bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak masih dikatakan sebagai khabar angin.
Beliau membangkitkan persoalan itu berikutan afidavit yang difailkan oleh anak Najib, Datuk Nizar hari ini.
Berikut adalah hantaran Facebook Dr Akmal hari ini:
Bagi pihak Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, saya meneliti penuh kenyataan yang telah dibuat oleh Dato Nizar Najib, anakanda kepada DS Najib Razak berkaitan pendedahan bahawasanya titah adendum itu benar wujud, malah disahkan oleh KDYMM Sultan Pahang kepada beliau.
Juga pada masa yang sama, tular di media sosial dokumen berkaitan titah adendum yang juga menjadi satu persoalan besar bahawasanya ia bukanlah satu "hearsay" atau khabar angin seperti yang pernah dinyatakan oleh individu di dalam Kabinet.
Maka, tindakan afidavit yang dibuat oleh YAB Dato Seri Ahmad Zahid Hamidi (Timbalan Perdana Menteri merangkap Presiden UMNO) dan DS Wan Rosdy (Menteri Besar Pahang merangkap Naib Presiden I UMNO) adalah satu tindakan yang betul bukanlah yang dibuat-buat.
Jadi saya mahu bertanya kepada Kerajaan, dengan dua pendedahan ini? Adakah ia masih khabar angin?
![]() |
| Mohd Puad Zarkashi |
Sementara itu, Ahli MKT UMNO, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi membangkitkan persoalan sama ada Najib akan terus menjadi mangsa perbicaraan tidak adil.
Berikut adalah hantaran Facebook beliau hari ini:
Selepas 8 bulan, hari ini Mahkamah Rayuan pula tidak dapat putuskan sama ada titah adendum itu wujud atau tidak. Kali ini guna alasan baru, iaitu untuk beri masa pihak kerajaan menjawab affidavit baru yang difail oleh Nizar Najib.
Sebelum itu Mahkamah Tinggi kata affidavit Zahid dan MB Pahang cuma “hearsay” kerana dengar dari mulut Tunku Zafrul.
Kali ini affidavit Nizar kata, dia sendiri dengar dari Sultan Pahang. Apa pula alasan selepas ini? Sebenarnya ada pihak yang tidak mahu terus terang? Tetapi patutkah Bossku terus jadi mangsa perbicaraan tidak adil?
Jangan biarkan kredibiliti kerajaan dihujung tanduk? Mana C4, mana BERSIH? Mana Hanipa Maidin? Selagi namanya Najib, mereka ini tetap 2X5. Bisu.


0 Ulasan