Amanah tuduh PAS bersandiwara dalam isu Titah Addendum

 


Berikut adalah kenyataan media Pengerusi Parti Amanah Negara Johor, Aminolhuda Hassan hari ini:

1. Mengikuti perkembangan berkenaan dengan addendum yang kecoh baru-baru ini sehingga ada pihak terutamanya dari PAS yang mendesak Perdana Menteri Dato Seri Anwar Ibrahim meletakkan jawatan adalah suatu yang tidak munasabah.

2. Parti Amanah Negara (AMANAH) Negeri Johor mengikuti rapat kes ini dan kami melihat tidak ada keperluan untuk Dato Seri Anwar Ibrahim meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri hasil dari desakan mereka yang hanya mahu mencari silap.

3. PAS jangan cuba mengelirukan rakyat dengan membuat desakan seolah-olah Dato Seri Anwar Ibrahim yang bersalah dalam kes mantan Perdana Menteri Dato Seri Najib Razak sedangkan alasan addendum tersebut bukan sesuatu yang bernas.

4. Kalau disemak semula, kes perbicaraan dan dijatuhkan hukuman ke atas  Dato Seri Najib Razak sewaktu PAS menjadi sebahagian dari kerajaan PN.  Persoalannya mengapa PAS membisu seribu bahasa tanpa memberikan sebarang cadangan Pengampunan Diraja terhadap Dato Seri Najib pada ketika itu? Mengapa ia dihebohkan selepas PAS jadi Pembangkang sekarang ini?

5. Seharusnya PAS atau Perikatan Nasional (PN) perlu mendesak Perdana Menteri ketika itu iaitu Dato Seri Ismail Sabri Yaakob untuk melepaskan jawatan Perdana Menteri kerana tidak mengambil berat serta tidak bersungguh dalam mendapatkan Pengampunan Diraja dalam kes Dato Seri Najib Razak dijatuhkan hukuman! 

6. Ternyata apa yang diperjuangkan oleh PAS hanya wayang dan sandiwara dengan melabelkan sekumpulan pimpinan UMNO sebagai kluster mahkamah sehingga Presiden UMNO ketika itu tidak dilantik menjawat sebarang jawatan dalam kabinet Tan Sri Muhyiddin dan kabinet Ismail. 

7. PAS sengaja memainkan isu addendum untuk memburukkan Kerajaan Perpaduan selepas pelbagai usaha mereka untuk menjatuhkan kerajaan ini gagal dan ianya hanya demi mencapai cita-cita politik murahan mereka sahaja.

7. AMANAH Johor akan terus menyokong kepimpinan Dato Seri Anwar Ibrahim serta mahu beliau untuk terus memimpin negara ini dan menolak segala anasir atau suara-suara sumbang yang datangnya dari lawan beliau.


BACA LAGI







Catat Ulasan

0 Ulasan