Berikut adalah kenyataan media Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki malam tadi:
Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO yang berlangsung pada 10 Januari 2025 bersamaan 10 Rejab 1446H telah mengadakan perbincangan dan memperincikan perkara-perkara berikut:
1. UMNO merakamkan rasa syukur dan menghormati keputusan Mahkamah Rayuan yang membenarkan permohonan Dato’ Sri Najib Tun Abdul Razak untuk memulakan prosiding semakan kehakiman bagi mengesahkan kewujudan Titah Addendum.
2. UMNO yakin bahawa Mahkamah Tinggi akan bertindak bebas dan adil untuk menilai keabsahan kewujudan Titah Addendum tersebut.
3. Menteri-Menteri yang mewakili UMNO juga bersedia untuk memberi kerjasama kepada Mahkamah Tinggi kelak jika diperlukan untuk memberikan keterangan.
4. UMNO akan terus memohon ihsan dan perkenan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong untuk memberikan pengampunan penuh kepada Dato’ Sri Najib Tun Abdul Razak, selaras dengan kuasa prerogatif di bawah Perkara 42 (1) dan (2) Perlembagaan Persekutuan.
5. UMNO selaku satu-satunya parti yang termaktub di dalam Perlembagaan partinya untuk mempertahankan Institusi Raja-Raja Melayu akan sentiasa meletakkan keutamaan dan penghormatan tertinggi Kebawah DYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong.
Check out Minyak Terapi Saraf Afya Bidara | 30ml for RM29.90. Get it on Shopee now! https://s.shopee.com.my/4AkDXFfwYL?share_channel_code=1 |
0 Ulasan