Puad minta Adam Adli bersuara lantang hapus hutang PTPTN

 

Ahli MKT UMNO, Datuk Dr. Mohd. Puad Zarkashi mengucapkan tahniah kepada Adam Adli Abdul Halim kerana diberi portfolio paling sesuai iaitu Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi

Beliau secara sinis berkata, dengan pelantikan itu, Adam Adli bolehlah bersuara untuk menghapuskan hutang PTPTN

"Tolong bersuara nyaring untuk hapuskan hutang PTPTN dalam mesyuarat pasca kabinet KPT. 

"Baru nampak berbaloi tidur dalam khemah di Dataran Merdeka," katanya dalam hantaran Facebook hari ini.

Mohd. Puad berkata, itu yang dimaksudkan dengan bekas Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Rafizi Ramli tentang Hidupkan Idealisme Reformasi Ujian Kuasa (HIRUK). 

"Jadi pembangkang memang mudah. Tapi bila berkuasa baru tahu tinggi dan rendah langit. 

"Takkan nak tidur lagi di Dataran Merdeka," katanya.

BACA LAGI 







Catat Ulasan

0 Ulasan