Mula-mula Nga Kor Ming kata siapa-siapa yang gagal memahami kepelbagaian maksud perkataan 'ham' dan membuat kecoh dalam isu sandwich ham sebagai kurang cerdik atau dalam bahasa kasarnya, bodoh (idiots).
Kenyataan kurang cerdiknya itu dibidas oleh Datuk Dr Akmal Saleh yang menyekolahkannnya bahawa perkataan 'ham' memang merujuk kepada kepingan daging babi.
Kemudian, Kor Ming seolah-oleh cuba mengambil hati umat Islam dengan mendakwa kononnya beliau mencontohi kepimpinan Khalifah Umar Al-Khattab r.a. dan Khalifah Umar Abdul Aziz.
Sekali lagi, pemimpin kanan DAP itu dikecam oleh umat Islam yang masih terluka dengan sikap kurang sensitifnya dalam isu sandwich ham.
Hari ini, media melaporkan, Kor Ming yang menganggap dirinya sebagai 'singa' enggan bersemuka dengan Dr Akmal kerana 'singa tak berlawan dengan lalat'.
Apakah Kor Ming sangka dirinya hebat sangat dan memandang remeh dengan kemampuan Dr Akmal yang dianggapnya sama seperti seekor lalat?
Sedarlah diri sikit Kor Ming. Perangai kamu tu jauh panggang dari api kalau hendak dibandingkan dengan Saidina Umar Al-Khattab r.a. selaku sahabat Rasulullah s.a.w.
Begitu juga dengan Umar Abdul Aziz yang terkenal dalam sejarah Islam sebagai seorang khalifah yang warak, zuhud dan adil.
Kor Ming pula sejak dari zaman pembangkang sampai sekarang sentiasa cari pasal menyinggung sensitiviti umat Islam.
Malah, kamu tidak layak mengangkat diri sendiri setaraf dengan haiwan yang gagah seperti singa. Kalau 'ham' memang tepat sangat dengan kebiadaban kamu.
0 Ulasan