Kadar tol PLUS tak pernah naik semasa Najib jadi PM


Berikut adalah hantaran Facebook Lim Sian See hari ini:

Tahukah anda bahawa tempoh konsesi tol telah dilanjutkan 50 tahun ke tahun 2068?

Dilanjut 20 tahun masa Atok dan Pak Lah dan dilanjut 30 tahun lagi masa PH1.0 dan Madani.

Dulu PH kuat kutuk Atok sebab lanjut tol PLUS. Lepas itu, mereka buat lagi teruk.

Pada tahun 1999, Atok melanjutkan tempoh konsesi PLUS selama 12 tahun, dari 2018 ke 2030. 

Mungkin masa tu fikir, “Kenapa nak tamat cepat, kan?”

Lepas tu, datang pula zaman Pak Lah pada tahun 2004, tempoh konsesi ditambah lagi 8 tahun dari 2030 ke 2038.

Kemudian, masuklah era PH 1.0, yang kononnya pejuang rakyat. Apa mereka buat? 

Lanjut lagi 20 tahun, terus ke 2058. 

Katanya untuk kebaikan rakyat, tapi peliknya, rakyat juga yang terus kena bayar tol sampai tua. 

Tak cukup dengan itu, kerajaan Madani pun tak nak kalah. 

Pada Disember 2022, mereka pun melanjutkan tempoh konsesi lagi 10 tahun sampai ke tahun 2068. 

Kononnya untuk “mengekalkan kadar tol pada tahap semasa.” 

Baguslah, tak naik, tapi jangan harap nak hapus!

Paling menarik ialah pada tahun 2011, di bawah kepimpinan Najib, di mana beliau mengambil alih PLUS dari tangan syarikat swasta dan meletakkannya di bawah Khazanah Nasional (51%) dan KWSP (49%). 

Ini bermakna, setiap satu sen tol yang dikutip oleh PLUS akhirnya masuk ke poket kerajaan dan pencarum KWSP – bukannya ke tangan syarikat swasta.

Langkah ini bukan sahaja berjaya menyederhanakan kadar kenaikan tol, tetapi Najib juga memastikan pampasan tahunan dibayar untuk tol tidak dinaikkan, supaya pencarum KWSP terus mendapat manfaat daripada pelaburan ini. 

Hasilnya? Tol bagi semua lebuh raya milik PLUS, termasuk Lebuhraya Utara-Selatan, tidak pernah dinaikkan sepanjang tempoh pentadbiran beliau.

Inisiatif ini menunjukkan usaha untuk memastikan keuntungan tol dinikmati oleh rakyat sendiri, bukannya pihak swasta yang hanya mencari keuntungan semata-mata.

Sebab kroni Najib adalah Rakyat.


BACA LAGI



Check out Tiles cleaner Floor Cleaner cleaning Spray Stain Remover 清洁剂 400ML Multi Effect Concentrted 浴室瓷砖清洁剂 wood flooring Cleaner Liquid Floor Tiles for RM19.20 - RM54.00. Get it on Shopee now! https://s.shopee.com.my/AUeYoRCwlk?share_channel_code=1 




Catat Ulasan

0 Ulasan