Berikut adalah kenyataan penuh veteran UMNO, Tengku Razaleigh Hamzah berhubung isu titah addendum hari ini:
Dengan menerima berita perihal keputusan mahkamah tentang Datuk Seri Najib Razak hari ini, dan juga dengan tersebarnya surat dari pejabat Duli Yang Maha Mulia Sultan Pahang bertarikh 4hb Januari 2025 menyatakan dengan terang bahawasanya "addendum" tentang penahanan rumah Dato Seri Najib Razak wujud.
Beberapa persoalan sekarang timbul dan ianya amat merisaukan kita semua dengan apa yang terjadi sekarang. Sejak pagi lagi saya telah dihubungi ramai tentang isu-isu yang timbul bersabit dengan kedua-dua perkara ini iaitu tahanan rumah yang ternyata wujud dan juga keputusan mahkamah pada pagi ini.
Persoalan yang timbul:
1. Bagaimanakah Kerajaan tidak mempunyai maklumat tentang kewujudan "addendum" tahanan rumah yang telah dititahkan oleh Yang Di-Pertuan Agong yang ke-16?
2. Apakah kesan kenyataan yang telah dibuat oleh PMX di parlimen baru-baru ini perihal perkara ini?
3. Kenyataan Peguam Negara melalui titah Yang Di-Pertuan Agong yang ke-17 agar apa-apa rayuan untuk Dato Seri Najib Razak dibuat melalui proses yang baru, apakah kesan undang-undang setelah mengetahui bahawa terdapat tambahan bukti yang telah disahkan oleh Istana Pahang?
4. Apakah reaksi dan tindakan lanjut UMNO dan kedudukannya sebagai sebahagian daripada Kerajaan Campuran dengan adanya pelbagai bukti yang baharu ini?
0 Ulasan