Tindakan membakulsampahkan Titah Addendum serlah wajah derhaka PH - Abdul Hadi

 



Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang berkata, kesalahan Pakatan Harapan (PH) yang terbuka kini adalah tindakan membakulsampahkan surat hak pengampunan oleh Yang di-Pertuan Agong (YDPA), sehingga mendedahkan wajah derhakanya. 

Menurut beliau, inilah gambaran wajah yang sebenar kerajaan PH yang berkonsep sekularisme yang berprinsipkan kebendaan semata-mata, selaras dengan keahliannya yang terbuka kepada semua, campuran kalangan yang baik dan buruk, betul dan sesat, beragama dan tidak beragama, termasuk yang tidak berakhlak yang boleh dikhadamkan semuanya demi kepentingan kebendaan yang menjadi kiblatnya.

Abdul Hadi menambah, DAP yang menjadikan sekularisme sebagai dasarnya boleh menerima keahlian daripada semua jenis manusia, termasuk daripada kalangan paling ekstrem yang tidak beragama dan tidak bertuhan. 

"Malah, haluan kiri yang paling ekstrem seperti komunis, sehinggalah yang bebas liberal tidak ada batas halal dan haram serta tidak membezakan antara hak asasi manusia dengan hak asasi binatang yang paling ganas. 

"Bahkan, boleh bergabung dengan semua kumpulan daripada kalangan yang tidak beragama dan beragama tetapi hanyut. Termasuklah orang-orang Melayu dan para agamawan yang boleh dibeli," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Semalam, bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berjaya mendapat kebenaran memulakan prosiding semakan kehakiman bagi suatu perintah memaksa kerajaan atau enam pihak lain menjawab dan mengesahkan kewujudan Titah Addendum Januari tahun lalu.

Titah Addendum berkenaan dikatakan diperkenan Yang di-Pertuan Agong ke-16 yang membolehkan Najib menjalani baki hukuman penjaranya di bawah tahanan rumah, bersabit skandal dana SRC International Sdn Bhd berjumlah RM42 juta.

Surat dari Istana Pahang yang mengesahkan kewujudan Titah Addendum itu tular dalam media sosial sejak semalam.

Ahli Parlimen Marang itu memberitahu, konsep kehakiman Islam menggalakkan agar diberikan pengampunan dan penyelesaian yang meringankan terhadap golongan yang bersalah, apatah lagi golongan yang tidak bersalah dan belum dianggap bersalah selagi tidak dibuktikan bersalah. 

Maka, katanya, Islam menggalakkan sistem guaman yang dinamakan wakalah bagi membantu kalangan yang salah apalagi kalangan yang tidak bersalah. 

"Mencari hukuman yang lebih ringan dan peluang keampunan, kerana konsep hukuman Islam bertujuan mendidik masyarakat," jelasnya. 


BACA LAGI




Check out [HOT SALE] Kalislab Keto Chocolate Dark Cacao / Coffee Arabica / Bentong Ginger 60gm for RM21.60 - RM72.90. Get it on Shopee now!
https://s.shopee.com.my/3LB0Gm5CAI?share_channel_code=1 




Catat Ulasan

0 Ulasan