Kandungan Titah Addendum didedahkan kepada umum

 


Berikut adalah kandungan Titah Addendum yang dibacakan oleh peguam, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah di pekarangan Istana Kehakiman Putrajaya hari ini:

Waraqatul Ikhlas Watah Fatul Akhyar iaitu daripada Beta, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah Yang di-Pertuan Agong Malaysia.

Mudah-mudahan barang diwasalkan oleh Tuhan Seru Sekalian Alam ke Majlis Yang Berbahagia Datuk Ahmad Terrirudin bin Mohd Salleh, Peguam Negara Malaysia yang berada pada masa ini di Pejabat Peguam Negara, Putrajaya dengan beberapa selamat dan sejahteranya.

Waba'dah Ehwal, Beta dengan ini menitahkan sebagai tambahan kepada keputusan Beta berhubung Banduan Dato' Sri Mohd Najib Abdul Razak (530723-06-5165) pada Mesyuarat Lembaga Pengampunan Wilayah-Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan dan Putrajaya kali ke-6l pada hari Isnin, 29 Januari 2024 bersamaan 17 Rejab 1445 Hijrah supaya menjalani baki hukuman menerusi penahanan dalam rumah (House Arrest).

Demikianlah sahaja Beta maklumkan. Beta dan Raja Permaisuri Agong berdoa kehadrat Allah S.W.T. semoga Yang Berbahagia Datuk, Yang Berbahagia Datin serta rakyat Beta keseluruhannya sentiasa dalam perlindungan serta rahmat-Nya.

Wabillahitaufiq Walhidayah, Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.


BACA LAGI






Check out BIG+ EazyClean Floor Cleaner Liquid (1000ml) Tiles Vinyl Wood Flooring Sabun Pencuci Lantai Badang for RM15.85 - RM58.90. Get it on Shopee now! https://s.shopee.com.my/5Kw2uAYnHO?share_channel_code=1


Catat Ulasan

0 Ulasan